Pemandangan
wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan
singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di
Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita
yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang
juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak
bertudung.
Tanda Benarnya Sabda Rasulullah S.A.W..
Dari
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,:“Ada dua golongan dari penduduk
neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk
seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian
tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta
yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan
mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan
sekian.” (HR. Muslim no. 2128)
BERTUDUNG IKUT SYARIAT ATAU IKUT FESYEN SEMATA-MATA?
Bila
wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan
sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal. Ini karena syariat telah
menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak
menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau
dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,
ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang
berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka
masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan
syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya
semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan
dunia.
Menyentuh
berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita
yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Dapat
kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung
penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada
peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah
kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun
pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih
tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada
dan sebagainya.Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama
memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai
warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam
kini.
Ada
rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula
dengan kerongsang (broach) yang menarik.Malah labuci warna-warni dijahit
pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam
majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan
itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya
menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang
wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus
menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu
pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,
dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada
lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari
menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana
wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian
wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan
riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik
dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date,
sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.Bertudung, tapi masih
ingin bergaya.
Kesimpulannya,
tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak
merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan
manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung
ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati
mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada
orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang
bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.Ada
orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang
bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan
mahramnya.
Dan
bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung
termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi,
nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam
lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat
sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Boleh
dikatakan setiap hari kaum lelaki berperang dengan nafsu, sakit jiwa
dan mental dibuatnya boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan
dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri.
Bagaimana lelaki-lelaki ISLAM di luar sana mahu menahan nafsu..?
Bila tengok perempuan ISLAM pakai ketat dan seksi?
Andai
saja wanita mengerti apa yang di pikirkan seorang laki-laki ketika
melihat mereka berpakaian seksi, saya yakin mereka pasti tak mau tampil
seperti itu lagi. Kecuali, bagi mereka yang memang sudah punya niat
untuk menarik lelaki dengan aset berharga yang mereka ada.
Silahkan di Tag/Share….Semua untuk Umat dan Syiar Islam, Silahkan saling bantu Tag sahabat-sahabat yang lain.
❀ Jazzakumullahu khayran wa Barakallahu fiikum. ❀
Tidak ada komentar:
Posting Komentar